DSP SAMMY NEWTON
RANAU: Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas dadah jenis syabu seberat 0.2 gram dalam Sekatan Jalan Raya (SJR), di Kilometer 18 Jalan Ranau-Randagong, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Bin Newton, berkata kedua-dua suspek ditahan ketika kenderaan mereka melalui SJR 3 dekat Kampung Randagong.
Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua – dua suspek positif dadah.
“Kedua – dua suspek telah ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Sammy memandang serius berkenaan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah serta akan mempergiatkan lagi usaha bagi membendung gejala penagihan dan pengedaran dadah di daerah ini secara agresif.
Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.