25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua kanak kanak Tabika KEMAS Labuan bakal bersaing di Akademi Alpha Gen Telent@KEMAS peringkat kebangsaan

Dua kanak kanak (tengah barisan depan) yang akan bersaing di Akademi Alpha Gen Talent bersama ibu bapa sebelum berlepas ke Serdang Selangor.

LABUAN: Dua kanak kanak Tadika KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan bakal bersaing selepas berjaya layak ke peringkat Kebangsaan Program Akademi Alpha Gen Talent@KEMAS 2025 peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 4-7 Disember ini di MAEPS Serdang.

Kedua dua mereka ialah adik Mohamad Nor Furqan Mohamad Norshafiq Fazley menerusi kategori Bitara Ilmu dan Muhammad Aakif Naim Nedzfar bagi kategori Huffaz Cilik enam tahun.

Menurut Pegawai KEMAS Labuan Gilbert Julian, porgram realiti anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) itu menghimpunkan wakil-wakil terbaik dari setiap negeri bersaing dalam Ikon Bitara Ilmu dan Huffaz Cilik.

“Provram itu merupakan salah satu platform KEMAS untuk mencungkil bakat serta memperkasakan potensi generasi muda TABIKA KEMAS seiring tema tahun ini, “Generasi Cilik, Potensi Negara”, katanya di sini kelmarin.

Selain itu katanya ia juga bertujuan untuk melahirkan kanak-kanak berkeyakinan tinggi, kreatif dan berdaya saing dalam pelbagai cabang ilmu dan kemahiran.

Akademi Alpha Gen Talents @ KEMAS dianjur bersempena Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan Festival KEMAS (FESMA 25).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN