salah sebuah kenderaan yang terlibat kemalangan di Jalan Loohan, di sini, semalam
RANAU: Dua orang mangsa mengalami kecederaan apabila kenderaan mereka bertembung dekat sini pada malam hari Khamis.
Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Lohan, Ranau pada jam 10 malam.
“Panggilan diterima melalui Talian Balai tentang kejadian ini lalu sekumpulan anggota seramai 6 orang diketuai Komander Operasi, PBKII Mastin Bin Suli dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian sejauh 9 kilometer dari balai itu, kita mendapati berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Toyota Rav4 dan sebuah Toyota Land Crusier dilaporkan telah bertembung.
“Terdapat 3 orang mangsa yang terlibat, dua orang mangsa iaitu pemandu setiap kenderaan tersebut mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan oleh Pasukan Bomba,” katanya.
Menurut Ridwan, seorang lagi mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan. Seterusnya kedua-dua mangsa yang cedera di hantar ke Hospital menaiki jentera EMRS Bomba dan Ambulans KKM bagi menerima rawatan lanjut.
“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 10.30 pagi,” katanya.



