Gambar – keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran itu.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU: Dua buah rumah di Kampung Kuala Punteh dekat sini musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam pada Rabu.
Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Keningau Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan berkata, pihaknya
menerima Panggilan lebih kurang jam 7.36 petang.
Katanya, sebaik sahaja menerima panggilan jentera dan anggota bergerak ke lokasi kejadian pada jam 8.20 malam.
“Setiba di tempat kejadian kebakaran sudah berlaku melibatkan dua buah rumah” katanya ketika dihubungi semalam.
Jelasnya, kebakaran itu membabitkan sebuah tidak kekal satu tingkat musnah 100 peratus dan sebuah lagi separuh kekal dua tingkat musnah 85 peratus dengan anggaran keluasan keseluruhan 120 kaki x 80 kaki..
Katanya, operasi mengawal kebakaran dilakukan dengan membentang dua aliran 200 kaki satu breaching tiga pancutan daripada jentera FRT dengan menggunakan sumber air daripada tangker.
Operasi terkawal pada jam 8.49 malam dan tamat pada jam 9.28 malam.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.