26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua beradik sedang dirawat mendapat perhatian ADUN Bingkor

Mailey mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Johnny.

KENINGAU:Dua adik beradik  dari Kampung Matanoi Apin-Apin yang kini masing-masing dirawat di Hospital Keningau mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Mereka ialah seorang Puan Andoi Intang (warga emas) dan Puan Aidah @ Epah Intang masing-masing menerima sumbangan kewangan Datuk Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

Sumbangan kepada Puan Andoi  disampaikan oleh staf Pejabat ADUN Bingkor Cik Mailey Billy kepada anaknya Johnny Gomiki.

Sementara itu sumbangan kepada Puan Aidah disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO)Bingkor Tinus Majip kepada anak Aidah, Jumi Sumi.

Kedua-dua wakil keluarga berkenaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Robert atas keprihatinannya memberi sumbangan kewangan kepada kedua-dua pesakit.

“ Dengan adanya sumbangan tersebut dapatlah meringankan bebanan keluarga kami dalam menampung perbelanjaan semasa rawatan mereka (pesakit)” kata mereka.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN