31 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Disember 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dua anggota polis IPD Keningau yang ditahan SPRM, direman 5 hari bermula hari ini

GAMBAR ATAS: Kedua-dua suspek ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Keningau tengahari tadi untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

KENINGAU: Dua anggota polis berpangkat Koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah, ditahan reman lima hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 18 Mei terhadap kedua-dua anggota polis masing-masing berumur 37 dan 44 tahun itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Keningau, Marlina Ibrahim.

Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan kerana menerima suapan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Semalam, Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy dalam satu kenyataan berkata kedua-dua anggota polis itu disyaki menerima wang rasuah RM3000.00 daripada seorang pengadu supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya selepas penemuan peralatan menghisap syabu di dalam rumah individu berkenaan. 

Kedua-dua suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau itu ditahan jam 2.30 petang pada  Rabu.  Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN