27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua anggota polis berpangkat Koperal ditahan SPRM di Keningau

“Kedua-dua suspek akan dihadap ke Mahkamah Sesyen Keningau hari ini (Khamis) untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.

-S Karunanithy-

KENINGAU: Dua anggota polis berpangkat Koperal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Rabu.

Kedua-dua suspek berusia 37 dan 44 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau itu ditahan jam 2.30 petang.

S Karunanithy

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesakkan kejadian itu berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas dipercayai menerima wang rasuah RM3,000 daripada seorang lelaki untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan memiliki peralatan menghisap syabu.

Difahamkan, kedua-dua anggota polis itu menemui peralatan menghisap syabu di dalam rumah lelaki terbabit pada Selasa lalu.

Kedua-dua anggota polis kemudian menerima sejumlah wang rasuah RM3,000 daripada lelaki itu petang tadi, untuk tidak mengambil tindakan.

“Kedua-dua suspek akan dihadap ke Mahkamah Sesyen Keningau hari ini (Khamis) untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi,” katanya.  Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN