27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dr. Jeffrey salur peruntukan kepada Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor

Lectus menyampaikan surat kelulusan peruntukan kepada Yazid

Oleh:Marutin Ansiung

KENINGAU:Parlimen P.180 Keningau Datuk Seri Panglima Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan menyalurkan peruntukan untuk membiayai penimbusan kawasan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor yang sering ditakungi air pada musim hujan.

Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata, dengan adanya peruntukan tersebut dapat mengatasi masalah takungan air di kawasan rendah persekitaran masjid itu.

“Sebahagian daripada persekitaran masjid berkenaan seringkali dilimpahi air apabila hujan dan menyulitkan umat Islam di kawasan ini menunaikan solat” katanya selepas menerima surat kelulusan peruntukan daripada Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Beginilah keadaan kawasan yang akan ditimbus.

Surat kelulusan peruntukan itu disampaikan oleh Ketua Pejabat Pusat

Khidmat P.180 Keningau Lectus Fung di pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P. 180 Keningau di sini hari ini

Yazid  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jeffrey atas keprihatinan dengan masalah yang dihadapi oleh masjid.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN