Dr. Jeffrey Kitingan – gambar fail
KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan disahkan positif Covid-19 dan kini berada di Hospital Queen Elizabeth (HQE) mendapatkan rawatan.
Setiausaha Politik beliau, Arlinsia Agang dalam satu kenyataan berkata, terdahulu Jeffrey menjalani saringan Covid-19 pada Ahad dan disahkan positif.
“Bagaimanapun beliau dalam keadaan stabil dan tetap melaksana tanggungjawabnya menerusi persidangan video dan emel,” katanya
Tambah Arlinsia , Jeffrey yang juga Menteri Pertanian Dan Perikanan berada dalam keadaan baik dan turut berharap Sabah akan bebas daripada jangkitan Covid-19.