31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dr. Jeffrey bagi ganjaran wang tunai kepada pelajar cemerlang SPM di Tambunan

Oleh:Matrutin Ansiung

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan berkata, beliau akan memberi ganjaran wang tunai kepada semua 19 pelajar  straight A dalam peperiksaan SPM 2020 di daerah Tambunan.

Katanya, seorang pelajar yang mendapat 10A akan menerima ganjaran RM1000, empat pelajar yang mendapat 8A menerima ganjaran RM700 seorang, tujuh pelajar yang mendapat 7A mendapat RM500 seorang dan tujuh lagi pelajar yang mendapat 6A menerima RM300 seorang.

“Saya berharap ganjaran tunai ini dapat mendorong mereka untuk bekerja lebih keras untuk mencapai kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi,” katanya dalam pertemuan dalam talian dengan para pelajar dan Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan di sini hari ini.

Beliau juga berharap agar para pelajar cemerlang ini dapat meneruskan pendidikan mereka sehingga suatu hari nanti mereka dapat menyumbangkan khidmat mereka kepada masyarakat.

“Kami di Pejabat ADUN Tambunan bangga dengan kejayaan mereka dan merasakan itu juga pencapaian kami”  katanya.

Jeffrey yang  juga Timbalan Ketua Menteri mengucapkan tahniah kepada Pegawai Pendidikan DaeeahTambunan dan para guru atas usaha yang gigih bagi memastikan pencapaian pelajar baik pelajar.

ADUN Tambunan itu juga berhasrat  untuk mengadakan perjumpaan dengan Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan dan guru-guru untuk membincangkan beberapa perkara  bagi meningkatkan lagi keputusan SPM di daerah ini pada masa akan datang.

Pada masa kini katanya,a pelajar dapat belajar dalam persekitaran yang lebih selesa berbanding 50 tahun yang lalu dan kebanyakan pelajar mempunyai akses ke komputer yang menjadikan pembelajaran lebih mudah.

 “Kami tidak mempunyai komputer semasa saya kecil.  Kami hanya mempunyai impian kami.  Tetapi walaupun begitu, generasi saya berjaya mencapai pendidikan sehingga ke tahap yang lebih baik. 

Semasa saya di Sekolah Rendah dan lulus darjah 6, saya masih ingat pindah ke sekolah di Keningau dari Tambunan.  Saya pergi berjumpa dengan pengetua, mengatur pengajian saya sendiri sehingga saya dimasukkan ke sekolah berasrama penuh” 

 “Saya sendiri memohon biasiswa.  Saya baru berusia 12 tahun pada masa itu. Jika saya dapat mencapai kejayaan pada masa itu, lebih-lebih lagi pelajar pada masa kini kerana semuanya dihujung jari” jelasnya.

Dr. Jeffrey berkata, dunia lebih luas untuk anak muda  sekarang menerokai ilmu dan lebih banyak peluang mereka untuk mencapai kejayaan.

Pada masa yang sama Dr. Jeffrey berkata, mereka yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan tidak boleh kecewa kerana ada banyak peluang lain lagi.dalam hidup.

”Katanya, setiap kekecewaan berfungsi sebagai peringatan kepada kita untuk terus memperjuangkan aspirasi kita.  Yang penting ialah kita mempunyai tekad untuk menetapkan minda kita ke arah tujuan dan mengejar impian kita”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN