ADVERTISEMENTspot_img

DPIM Labuan ucap tahniah dan syabas kepada penganjur BFF@Labuan2025

Dr. Ramli (tengah) bersama AJK DPIM pada mesyuarat agung yang diadakan baru baru ini.

LABUAN: Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Cawangan Labuan menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada penganjur Borneo Flora Festival@Labuan2025 atas kejayaan yang begitu luar biasa.

Pengerusi DPIM Labuan Datuk Wira Dr. Ramli Tahir berkata kehadiran pengunjung yang melebihi 100,000 melepasi sasaran 50,000 orang itu membuktikan sektor pelancongan berasaskan kreatif mampu dimajukan.

” Jumlah pengunjung yang mencapai ke angka lebih 100,000 dari jangkaan awal seramai 50,000 membuktikan bahawa sektor pelancongan boleh dimajukan melalui program yang berskala besar dan betprestij”, kataya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan DPIM Labuan yang diadakan di bilik mesyuarat UTC disini baru baru ini.

Selain itu katanya maklum balas yang diterima daripada ahli ahli DPIM dan peniaga sepanjang BFF berlansung amat berpuashati dengan kehadiran orang ramai yang luar jangkaan dan ini bukan sahaja memeriahkan festival itu tetapi juga menjana ekonomi Labuan terutama para peniaga.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaleha Mustapha yang berganding bahu dengan Perbadanan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Labuan serta agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).

Dr Ramli turut menyambut baik perancangan Dr. Zaliha ntuk mengadakan program yang sama tahun hadapan pada skala yang lebih besar.

Dalam waktu yang sama, beliau berharap agar pihak DPIM Labuan diberikan peranan serta penglibatan yang lebih besar dalam penganjuran BFF yang akan datang.

Menyentuh mengenai mesyuarat agung, beliau berkata tiada pemilihan AJK pada tahun ini sekaligus AJK yang sedia ada terus kekal.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN