Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Tiong Hua Nabawan Kow Lap Hee menyampaikan limau Mandarin kepada Ketua Balai Polis Nabawan Sarjan Mejar Jumati Bin Masih. Turut kelihatan Pengerusi Dewan Perniagaan Tiong Hua Nabawan Kapitan Ng Nai Yung (kiri)dan Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu Moinjil (kiri).
NABAWAN:Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022 Dewan Perniagaan Tiong Hua Daerah Nabawan telah mengadakan kunjungan di Balai Polis Nabawan.
Pada kunjungan itu rombongan Dewan Pernigaan itu telah menyampaikan limau Mandarin dan angpau Tahun Baru Cina.
Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi Dewan Perniagaan Tiong Hua Nabawan Kapitan Ng Nai Yung disertai oleh Timbalan Pengerusinya Kow Lap Hee, Setiausaha Tieng King Pek, Bendahari Leong Cheers Min dan beberapa AJK Dewan Perniagaan tersebut.
Menurut Pengerusi Dewan Perniagaan Tiong Hua Nabawan Ng Nai Yung, kunjungan itu bertujuan menyantuni pasukan polis di daerah ini berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa menjalankan tugas dan turut terlibat sebagai petugas barisan hadapan pada musim pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.
“Sumbangan limau dan angpau yang kita sampaikan bukan diukur daripada nilainya tetapi ia merupakan amalan tradisi kaum Tiong Hua pada setiap sambutan Tahun Baru Cina sebagai satu ingatan disamping mengeratkan hubungan masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di negara ini” katanya kepada media selepas program itu.
Sementara itu Ketua Balai Polis Nabawan Sarjan Mejar Jumati Bin Masih yang menerima sumbangan itu menyampaikan ucapan terima kasih kepada rombongan Dewan Perniagaan Tiong Hua Nabawan.
Hadir sama Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu Moinjil.