RANAU : Hampir kesemua destinasi perlancongan dan penginapan kawasan Kundasang dan Ranau kini bersedia untuk menerima kehadiran para pengunjung bermula hari ini (10 Jun) 2020).
Beberapa pengusaha penginapan dan peranginan di kedua-dua kawasan memberitahu, mereka mula membuka kepada orang ramai dan pengunjung dari dalam negeri bermula hari ini 10 Jun”

“Bagaimanapun, semua pengunjung hendaklah mematuhi SOP seperti yang dikuat-kuasakan pihak kerajaan selaras Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas PKPB yang sudah berakhir 9 Jun.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pengumuman banyak kelonggaran untuk memberi manfaat kepada rakyat khususnya para pengusaha pelancongan, Pertanian Perniagaan dan banyak lagi yang terkesan berikutan pandemik Covid-19 sejak Mac”,jelas Pengerusi Persatuan Enap Desa Kundasang, Kohadi Watiman.

Beliau ketika dihubungi bagaimanapun memaklumkan Homestay (Enap Desa) Walaitokou Kundasang belum beroperasi lagi disebabkan persediaan masih dalam proses termasuk tanda kawasan Penjarakan sosial dan arahan SOP yang ditetapkan kerajaan.
“Homestay ‘Walaitoku’ akan dapat beroparasi dalam masa terdekat selepas mendapat arahan daripada pihak MOTIC”, jelas Kohadi.

Antara Pusat pelancongan yang boleh dikunjungi termasuklah, Taman Kinabalu, Dairy Farm Masilou, Taman Air Panas Poring keculai (Mandi Air Panas belum di bolehkn) Rabbit Farm Kg.Kigiok, Tugu Peringatan Kundasang, Tagal Ikan Air Tawar Kg.Luanti Baru, it Ladang Teh Sabah di Nalapak, Bombon Ikan Marakau, Ladang Ternakan Madu  Kelulut Kg.Kinapulidan, Taman Kinomoluk Lohan dan banyak lagi. – Borneo Daily Bulletin
             Â