29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Datuk Peter Anthony meninggalkan Warisan?

KOTA KINABALU: Naib presiden Warisan, Datuk Peter Anthony dikhabarkan akan meninggalkan Warisan dan menubuhkan parti baharu.

Semalam, ADUN Melalap itu menjemput media ke sidang media khas pada 12.30 tengah hari esok (28 Disember 2021) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di mana Peter dijangka membuat pengumuman penting mengenai masa depan politiknya.

Sumber yang rapat dengan Peter enggan mengulas mengenai sidang akhbar itu, tetapi berkata peter dipercayai akan meninggal Warisan dan menjadi ADUN bebas yang mesra Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Peter yang juga bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah dan merupakan presiden, Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, sebuah pertubuhan NGO dikatakan akan menggunakan KDM Malaysia sebagai asas kepada platform politik baharunya.

Sebelum ini Warisan sudah kehilangan tiga kerusi DUN selepas Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohamaddin Ketapi (Segama).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN