Muhamad Azhan Menekan buton sebagai simboik perasmian program DARES@Komuiti yang berlangsung di Dewan Adtec JTK Wilayah Persekutuan Labuan, pada Sabtu.
LABUAN: Program Dailog Aman, Responsif dan Empati Sosial (DARES@Komuniti merupakan salah satu inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk memperkukuh kesepaduan sosial serta membina masyarakat yang lebih memahami dan menghargai kepelbagaian.
Demikian kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Muhamad Azhan Md. Amir ketika berucap merasmikan Program Dailog Aman, Responsif dan Empati Sosial (DARES@Komuniti) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di sini, kelmarin.
Katanya, DARES@Komuniti bukan sahaja sebagai pendekatan advokasi dan intetvensi komuniti dalam memperkukuhkan kesepaduan sosial, tetapi juga menjadi platform untuk berdialog, berkongsi pandangan, mendengar perspektif berbeza serta mencari titik persamaan dalam membina keharmonian bersama.
“Kita semua sedar bahwa landskap sosial semakin kompleks dan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan budaya sentiasa berhadapan dengan cabaran baharu khususnya dalam era digital yang berkembang pesat.
“Media sosial telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakat yang memberi manfaat dari segi komunikasi dan penyebaran maklumat, namun pada masa yang sama ruang digital juga boleh menjadi medan penyebaran maklumat tidak sahih, kebencian, provokasi serta naratif yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat “, katanya.
Justeru itu, masyarakat hari ini bukan sahaja perlu celik teknologi tetapi juga mempunyai kebijaksanaan sosial serta perlu mempunyai keupayaan untuk menilai sesuatu maklumat serta memahami kandungannya yang boleh memecahbelahkan rakyat.
Sementara itu katanya, organasasi seperti Rukun Tetangga (KRT), Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Mediator Komuniti turut memainkan peranan penting dalam memastikan Keharmonian masyarakat terpelihara.
Muhammd Azhan juga turut menekankan kepentingan golongan belia dalam agenda perpaduan negara, ini kerana mereka merupakan generasi yang membesar dalam dunia digital dan mempunyai pengaruh besar dalam membentuk budaya komunikasi dan pemikiran masyarakat masa depan.
‘Oleh itu golongan belia perlu dilengkapkan dengan nilai tanggung jawab sosial, pemikiran kritikan serta kesedaran sosial digital membawa kesan kepada masyarakat’, ujarnya.
Jelas beliau, melalui program DARES@Komuniti elemen seperti Lensa Digital, Digital Pulse dan Lensa Belia memberi ruang kepada golongan muda untuk memahami cabaran semasa yang bukan sahaja membincangkan isu sosial tetapi juga memainkan peranan sebagai ejen perubahan positif.
“Belia bukan sahaja pewaris negara, tetapi juga pemimpin perpaduan masa kini”, katanya.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPNIN, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Samsudin Sidek dan Pengarah JPNIN Wilayah Persekutuan Labuan, Jassica Basat.



