30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Daerah Sipitang membangun pesat

Chrisnadia Sinam (kanan 2 ) bersama Pengerusi Sabah Electricity Datuk Madius Tangau ( Tengah ).


KOTA KINABALU: Daerah Sipitang bakal berwajah baru dengan satu lagi projek pembangunan yang dikenali sabagai Sipitang Walk.

Pemilik projek tersebut Chrisnadia Sinam berkata demikian semasa lawatan rombongan Pengerusi Sabah Electricity Datuk Madius Tangau ke tapak projek kelmarun.

Projek Sipitang Walk yang mempunyai 12 blok 96 unit kedai 2 dan 3 tingkat tersebut kini 95% telah dijual dan projek tersebut dijangka siap pada bulan September tahun ini.

Selain dari 96 unit-unit kedai, projek ini juga akan memiliki sebuah Hypermarket dengan keluasan 33,000 persegi dan sebuah bangunanhotel dan Dan sebuah multi purpose hall.

Chrisnadia turut memuji Kerajaan GRS – PH plus kerana Daerah Sipitang telah membangun pesat di bawah Kerajaan sekarang.

Keyakinan rakyat terhadap keadaan ekonomi Sabah yang baik sekarang telah telah menyebabkan unit-unit kedai mereka laris dijual, ujarnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN