27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Daerah Ranau kini musim buah

Zulkefli memperlihatkan buah durian Tembaga yang ada dijual di Pasar Terbuka pekan Ranau.

RANAU: Daerah ini kini mula musim buah-buahan tempatan seperti durian, mangga manis, manggis, tarap, langsat, golden melon, nenas dan banyak lagi.

Pengerusi Persatuan Penjaja buah dan sayuran di Pasar Terbuka pekan Ranau, Zulkefli Bin Abd.Ghani 40, ketika ditemui memberitahu, musim buah terutama buah durian kini mula sejak awal tahun dan dijangka berakhir sehingga bulan Mac depan.

Menurutnya, antara jenis buah durian yang banyak dijual di pasar terbuka sekarang ini ialah, D8, D24, D101, D96, durian Besara,  Tembaga, durian Kawin, Sukang, Tembaga Hijau, Tarap dan Rambuatan.

Antara penjaja buah-buahan tempatan di Pasar Terbuka pekan Ranau.

“Buah durian di sini dijual dengan harga RM4.00 hingga RM15.00 sekilo kecuali buah durian Musang King memcecah RM60.00 sekilo’, jelas  Zulkefli.

Menurutnya lagi, Pesta Durian peringkat daerah Ranau tahun ini belum pasti dapat dianjurkan kerana masih bergantung kepada kelulusan daripada kerajaan ekoran pandenik Covid-19 belum reda.

“Kita tunggu dan lihat perkembangan pandamik Covid-19, moga cepat pergi dari negara kita khususnya dari daerah Ranau”, tambah Zulkefli.

Annyza Binti Ujin 34, antara penjaja buahan  tempatan di Pasar Terbuka pekan Ranau, turut memperlihatkan buah durian  Tembaga Hijau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN