26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Daerah Keningau ungguli Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSS kali ke-4 Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025


RANAU: Seramai lebih kurang 350 pelari telah menyertai Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSS kali ke-4 Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 yang diadakan di SMK Mat Salleh Ranau pada hari Khamis.


Kejohanan tersebut dibahagikan kepada enam kategori iaitu Kategori Lelaki Bawah 19 Tahun (55 peserta), Kategori Perempuan Bawah 19 Tahun (44 peserta), Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun (66 peserta), Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun (51 peserta), Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun (76 peserta) dan Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun (57 peserta).


Bagi Kategori Lelaki Bawah 19 Tahun, Danny Hadid dari Ranau mendapat tempat pertama dengan masa 31.56, manakala Finally Sipin dari Pensiangan di tempat kedua dengan masa 35.09, dan Aeron Anak Ita dari Telupid di tempat ketiga dengan masa 37.00.


Bagi Kategori Perempuan Bawah 19 Tahun, Marisah Crystal Eyan dari Pensiangan mendapat tempat pertama dengan masa 32.44, manakala Dabby Roserika Stephene Stephen dari Pitas di tempat kedua dengan masa 33.30, dan Lyonna Elsha Gani dari Tuaran di tempat ketiga dengan masa 35.09.


Bagi Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun, Mohammad Khaizat Jr Oliver Kong Bin Abdullah dari Sandakan mendapat tempat pertama dengan masa 21.44, manakala Adriyel Jay Albert dari Tuaran di tempat kedua dengan masa 21.57, dan Govind Bin Guyuu dari Beluran di tempat ketiga dengan masa 22.20.


Bagi Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun, Nurul Sahada Hawani Binti Abdullah dari Sandakan mendapat tempat pertama dengan masa 29.32, manakala Rindynella Denus dari Tuaran di tempat kedua dengan masa 30.44, dan Jeezzey Boey dari Pensiangan di tempat ketiga dengan masa 32.06.


Bagi Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun, Eden Mark Avitors dari Papar mendapat tempat pertama dengan masa 17.06, manakala Cristian Bina Parasis dari Keningau di tempat kedua dengan masa 17.21, dan Mohammad Danielhaziq Bin Abdullah dari Pensiangan di tempat ketiga dengan masa 17.42.


Bagi Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun, Nurulhuda Binti Sani dari Sandakan mendapat tempat pertama dengan masa 19.12, manakala Clesdefberra Binti Yanam @ Rezuise dari Papar di tempat kedua dengan masa 20.52, dan Sherley Eva Raycher dari Kota Marudu di tempat ketiga dengan masa 21.16.


Juara keseluruhan kejohanan merentas desa pendidikan khas MSSS kali ke 4 tahun 2025 jatuh kepada daerah Keningau, manakala tempat ke 2 daerah Tuaran, dan tempat ketiga daerah Pensiangan.


Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri merupakan program untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di bawah penganjuran Sektor Pendidikan Khas (SPK), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.


Acara tersebut menjadi landasan untuk memilih atlet yang akan mewakili negeri ke kejohanan yang lebih besar dan berprestij di peringkat kebangsaan dan seterusnya mewakili negara ke peringkat lebih tinggi.


Justeru, program kokurikulum ini seharusnya menjadi medan dan medium pelengkap dalam memastikan MBPK dapat berdikari dan meningkatkan kualiti modal insan dalam menjalani kehidupan sebenar serta menyemai semangat bermasyarakat dan berbakti kepada negara.


Objektif program adalah bagi menyediakan peluang kepada murid-murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) menunjukkan bakat serta potensi dalam acara Merentas Desa.


Selain itu, ia juga bagi mewujudkan semangat daya saing yang sihat dalam kalangan MBPK, di samping mengimbangi peluang pendidikan menerusi aspek daya tahan Rohani, mental dan fizikal.


Kejohanan juga diadakan bagi melahirkan insan yang berdisiplin, berwibawa dan mempunyai jati diri yang tinggi sambil menyediakan atlet Merentas Desa sebagai penyumbang (feeder) kepada Cawangan Paralimpik, Majlis Sukan Negara dan Majlis Paralimpik Malaysia untuk dilatih dan digilap sebagai atlet negara bagi mewakili negara dalam pertandingan di peringkat antarabangsa.


Dalam pada itu, ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kebolehan serta kemampuan murid pendidikan khas dalam bidang Merentas Desa.


Program itu juga dibuat bagi mewujudkan kolaborasi serta Kerjasama pihak-pihak tertentu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan program pendidikan khas di samping memberi ruang dan peluang kepada semua pihak memainkan peranan dan tanggunjawab sosial dalam Masyarakat.


Melalui program seumpama ini juga ia dapat memupuk semangat setia kawan dalam kalangan guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan MBPK.


Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Mohamad Sufri bin Salim mewakil Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin.

PIX: Para peserta Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSS Peringkat Negeri Sabah Kali Ke-4 2025 di garisan permulaan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN