28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

COMBI Labuan anjur Kempen Jalanan Pembudayaan Norma Baharu bersama Komuniti

RISALAH…. Muhammad  menyerahkan risalah yang mengandungi mesej Norma Baharu COVID 19 kepada salah seorang peniaga di Pasar Tani Labuan Walk pagi Sabtu.

LABUAN: COMBI Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan menganjurkan Kempen Jalanan Pembudayaan Norma Baharu bersama Komuniti yang diadakan di Pasar Tani, Labuan Walk pada Sabtu.

Menurut Pengerusi COMBI Labuan, Muhammad  Haji Jakob   kempen ini diadakan selepas menyaksikan peningkatan kes jangkitan COVID 19  dikalangan masyarakat Labuan.

“Justeru itu, COMBI Labuan dengan kolaborasi Jabatan Kesihatan Negeri telah mengambil inisiastif untuk memperkasakan  usaha memerangi dan  melawan wabak COVID 19 dikalangan  masyarakat  dengan meningkatkan kesedaran kawalan kendiri melalui  penganjuran Kempen Jalanan Pembudayaan Norma Baharu Bersama Komuniti” katanya ketika ditemui sejurus program  itu berakhir.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan, (Bahagian Kesihatan Awam), Dr. Mohd Zaki Ab. Hamid,  Ketua Penolong Pengarah Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Elniee Melson dan Timbalan Pengerusi COMBI Labuan, Roslan Haji Kario.

PROSEDUR…. Kumpulan Timbalan Ketua COMBI, Roslan Haji Kario bersama ahlinya membuat pemeriksaan suhu dan mengimbas MySejahtera sebelum  memasuki kawasan Pasar Tani.  

Program itu juga katanya bertujuan untuk meningkatkan  kesedaran rakyat melindungi diri, keluarga  dan komuniti dalam usaha membantu petugas barisan hadapan memerangi jangkitan COVID 19.

“Kami berharap kempen ini  dapat memastikan segenap lapisan masyarakat faham akan tanggung jawab baharu yang perlu digalas iaitu berperanan sebagai petugas barisan hadapan dalam komuniti bagi mengekang penularan COVID 19” katanya.

Jelasnya antara mesej yang disampaikan melalui program itu ialah perlunya kawalan kendiri, sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan, sentiasa mengamalkan pembudayaan norma baharu dengan kerap mencuci tangan, memakai pelitup separuh muka serta mengimbas aplikasi MySejahtera dan mengamalkan penjarakan  fizikal satu meter.

Katanya, program yang berlangsung tiga jam itu melibatkan 40 ahli COMBI yang dibahagikan kepada dua kumpulan masing masing di Pasar Tani Labuan Walk dan juga di Pasar Sentral Pusat Tranformasi Bandar (UTC).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN