25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

CEO ESSCOM Lawat Pusat Media Tawau

Jamaluddin (tengah,duduk) menandatangani buku lawatan.

TAWAU: Ketua Pegawai Eksekutif Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Dr. Jamaluddin Mohd Ali bersama rombongan melawat Pusat Media Tawau, Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17, pada Khamis.


Ketibaan beliau disambut oleh Penolong Setiausaha Cawangan Hubungan Media, Bahagian Komunikasi Strategik Kementerian Komunikasi merangkap Penyelaras Pusat Media Tawau, Hikal Aripin serta petugas pusat media yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


Dalam rangka lawatan tersebut, Jamaluddin berpeluang mendengar taklimat berkaitan pusat media yang disampaikan oleh Hikal antaranya berkaitan dengan objektif penubuhan, skop dan fungsi, lokasi tiga pusat media di Sabah, bilangan petugas serta jumlah pengundi di bahagian Tawau mengikut pecahan umur./Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN