DITAHAN… Bot tunda dan tongkang yang ditahan oleh Maritim Malaysia Zon Labuan, pada Ahad.
LABUAN: Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) zon Labuan menahan sebuha bot tunda bersama tongkang yang disyaki Lesen Perkapalan Domestik (DSL) telah tamat tempoh.
Pengarah Maritim Malaysia Zon Labuan, Kapten Nudin Jusoh berkata, bot tunda bersama tongkang itu ditahan kira-kira pukul 9.20 pagi di kedudukan 4.0 batu nautika Timur Laut Wilayah Persekutuan Labuan, pada Ahad.
“ Bot peronda Maritim yang sedang dalam operasi ‘Ops Sejahtera’dan Ops Tiris dan Ops Khas Laut telah melakukan pemeriksaan terhadap bot tunda tersebut mendapati Lesen Perkapalan Domestik (DSL) bot berkenaan telah tamat tempoh” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Ahad.
Nurdin berkata, ketika diperiksa, bot tunda beserta tongkang tersebut dikendalikan seorang kepten bot serta seorang Chief Officer dan Ketua Jurutera yang berumur antara 33 hingga 58 tahun merupakan warga Myanmar dan Indonesia.
Jelasnya lagi, bot tunda tersebut yang dalam pelayaran dari daerah Tawau disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar iaitu tamat tempoh Lesen Perkapalan Domestik (DSL)” katanya.
“Nakhoda,kru,bot tunda beserta tongkang dan dokumen terbabit telah ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut ”, katanya.
Nudin berkata, pengusaha perkapalan dan bot beserta pemilik dinasihatkan untuk memastikan dokumen dan lesen kapal atau bot sentiasa diperiksa dan mengikut peraturan yang ditetapkan sebelum melakukan sebarang aktiviti pelayaran di perairan Malaysia.