25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bomba Sukarela lakukan sanitasi surau Negalang

NYAH KUMAN…anggota bomba melakukan penyemburan nyah kuman dalam surau.


LABUAN: Tiga anggota Bomba Sukarela Kampung Negalang/Kerupang pada Rabu lalu mengambil inisiatif melakukan sanitasi surau Negalang secara sukarela bagi memastikan surau tersebut bebas daripada wabak COVID 19.


Pengerusi Surau Nagalang, Sukimin Wakiman berkata, kerja-kerja sanitasi surau tersebut diketuai oleh anggota bomba sukarela Robert Haji Ibrahim dibantu oleh dua lagi rakannya yang lain.

SUKIMIN…..Pengerusi Jawatankuasa Surau Negalang.


“ Mereka lakukan kerja-kerja nyah kuman ini bukan untuk mendapat pujian atau balasan sebaliknya bagi kepentingan bersama, agar penularan wabak COVID 19 dapat di bendung daripada merebak di kampung Negalang khususnya di tempat rumah ibadat seperti surau” katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

SANITASI… anggota Bomba Sukarela Kampung Negalang/Kerupang ketika melakukan penyemburan nyah kuman bahagian luar surau Negalang.


Menurut Sukimin kerja-kerja penyemburan yang membabitkan bahagian dalam dan luar kawasan surau itu juga merupakan budi bicara AJK surau Negalang tanpa menunggu arahan daripada pihak berwajib.


“ Penyemburan nyah kuman tersebut merupakan aktiviti kali ke dua yang dilaksanakan oleh anggota Bomba Sukarela Kampung Negalang/Kerupang, kali pertama di laksanakan pada awal bulan Mei yang lalu” katanya.- BorneoDailyBulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN