29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bomag FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala Jonathan Yasin

Gambar atas: JUARA…Bomag FC sempat merakam gambar dengan Benedict (dua kanan) Dominik (kanan) dan Jasrin (kiri sekali) selepas acara penyampaian hadiah.

Oleh: Jainuddin Nasir & Salwah Aramat

RANAU: Pasukan Bomag FC, muncul juara keseluruhan selepas berjaya menewaskan pasukan Peladang FC 1-0, pada perlawanan akhir Kejohanan 7 Sebelah Tertutup Ranau bagi merebut Piala Pusingan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin di Padang SK.Tungou, hari ini.

Gol tunggal Bomag diperolehi hasil rembatan kencang pemain sensasi Bomag FC, Mohd.Aidil Shahrulnizam Bin Asimin.

Dengan kemenangan itu, pasukan Bomag FC  berjaya merangkul hadiah sebuah Piala Pusingan, berserta wang tunai RM2,000, Stand Medal dan Medal, manakala pasukan Peladang FC  menerima hadiah wang tunai RM1,000 bersama Medal.

Pasukan  Kibara FC pulak terpkasa berpuas hati di tempat ketiga, sekali gus menerima wang tunai RM800 berserta Medal. Sementara itu pasukan  Sabagoo FC menduduki tempat keempat, menerima RM500 berserta Medal.

Benedict (empat kanan), Jasirin (berdiri kiri) dan Dominik (berdiri kanan) bergambar bersama pasukan Peladang fc Naib Johan pada kejohanan itu.

Sempena kejohanan yang disertai lebih 18 pasukan itu, seramai 4 orang pemain  telah dinobatkan sebagai penerima hadiah individu berupa wang tunai dan medal iaitu, Mohd.Aidil Shahrulnizam Bin Asimin (Penjaring Terbaik 8 gol), Mohd.Irwan Bin Maruji (Pemain Terbaik), Hasli Bin Saudi (Penjaga Gol Terbaik) dan Hazriey (Pertahanan Terbaik).

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda (mewakili Datuk Jonathan), Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau (Pemantau Projek), Dominik Bin Kasuman, Pengerusi Penganjur kejohanan, Jasrin Bin Simin dan Pemaju Mukim Randagong, Adzlyezan Bin Jasrin.

 
Benedict dalam ucapannya memuji inisiatif pihak penyelaras kerana berjaya menganjurkan kejohanan itu dengan jayanya.

Menurut beliau, kejohanan seperti itu mampu mencungkil bakat-bakat baru yang mampu naik ke tahap yang lebih tinggi lagi, iaitu sehingga ke peringkat negeri seterusnya kebangsaan.

“Sukan seumpama ini boleh membawa para penggiatnya ke peringkat kebangsaan seterusnya ke persada Asia jika bergiat aktif dengan gigih. Yang penting, seseorang itu mempunyai komitmen serta usaha yang sungguh-sungguh.

“Selain itu, ianya juga dapat menghindarkan para belia dari gejala-gejala yang tidak sihat seperti penyalahgunaan Dadah dan masalah sosial yang lain,” jelasnya.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN