PERSAHABATAN…..Pasukan Media Labuan dan JBS bergambar kenangan sempena perlawanan persahabata Boling Padang di Gelanggang Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan, malam tadi.
LABUAN: Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan berjaya menewaskan Media Labuan 3-1 dalam perlawanan persahabtan Boling Padang yang diadakan di Gelanggang Arena Boling Padang Antarabangsa Wilayah Persekutuan Labuan, baru baru ini.
Perlawanan yang melibatkan kategori Triples itu menyaksikan tiga pasukan JBS membelasah pasukan Media Labuan dengan keputusan 17-1, 12-2 dan 10-3 dalam perlawanan satu jam.
Bagaimanapun pasukan Media Labuan sedikit terubat apabila pemainnya yang diwakili PakDin, Khairul Azad dan Mohd Izuandi berjaya menewaskan pasukan JBS yang diketuai pengarahnya, Mohammad Syahffie Haji Japril, Abang Syamsulnizam Abang Sapini dan Sabrina Ferra Libasa dengan keputusan 16-6.
Perlawanan persahabatan yang julung julung kalinya diadakan itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia ada antara kedua dua pihak.
Selain itu ia juga dapat mempromosikan sukan tersebut secara berterusan yang sebelum ini telah berjaya melahirkan ramai pemain tempatan termasuk Nur Ain Nabilah Tarmizi yang telah mewakili negara di beberapa kejohanan Boling Padang berstatus dunia dan antarabangsa.