24.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bidang pertanian satu perniagaan: Robert

Robert memasa menyaksikan pameran pada majlis itu

KENINGAU: Bidang pertanian bukanlah satu hobi semata-mata namun ianya adalah satu perniagaan.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, ia juga terbukti mampu mengubah corak kehidupan dan meningkatkan ekonomi sesebuah keluarga yang benar-benar menerokai bidang ini.

Katanya, selain itu bidang pertanian yang berasaskan makanan boeh menyumbangkan pengeluaran bahan makanan disamping mengurangkan kebergantung kepada bahan-bahan keperluan harian yang diimport dari luar negara.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian semasa berucap merasmikan
Sambutan Hari Pekebun-Pekebun Kecil Kali ke-10 2024 anjuran Komuniti Pekebun-Pekebun Kecil,Sodowon Mongitom di perkarangan rumah Puan Ann Dome Bundoi.

Beliau juga menyarankan agar para pekebun dapat mempelbagaikan jenis tanaman khususnya tanaman yang boleh menjana hasil dan pendapatan yang berpanjangan.

Dalam pada itu Robert berharap agar para pekebun-pekebun kecil mengamalkan budaya ‘mitatabang’ seperti yang diamal oleh orang-orang terdahulu bagi meringankan dan memudahkan setiap pekerjaan yang hendak dilakukan.

Sambutan hari Pekebun-Pekebun kecil ini diserikan dengan gerai-gerai pameran hasil tani oleh ahli komuniti.

Hadir sama Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Bingkor Tinus Majip,Kakitangan Pejabat UPPM N.40 Bingkor, Kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor dan Pemimpin setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN