John Jinitoh
TAMPARULI: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi baru2 ini yg mengatakan Bahawa Slogan Sabah For Sabahan itu memecah belahkan adalah sangat dangkal dan angkuh.
Ketua Bahagian STARSABAH N.14 Tamparuli, John Jinitoh Sontori berkata, kenyataan Zahid itu menunjukkan seakan-akan Sabah ini adalah miliknya.
“Ajar rakyat di Malaya dulu tentang perpaduan, dan jika berjaya baru kamu layak bercakap tentang perpaduan di Sabah.
“Saya ingatkan kepada Zahid, kamu tidak berhak melarang rakyat Sabah menggunakan slogan Sabah For Sabahan. Pemimpin Malaya juga tidak layak mengajar Rakyat Sabah tentang perpaduan.
“Sebab perpaduan kami di Sabah jauh lebih baik dari perpaduan di Malaya yang mana sampai hari ini masih ada yang hidup berpuak puak mengikut kaum masing-masing,” katanya.
John mengingatkan Zahid agar jangan memalukan diri sendiri, sebab slogan Sabah For Sabahan ini adalah amat sesuai untuk Rakyat Sabah, kerana rakyat Sabah tidak akan menggunakan slogan Sabah For Malaya pula.
Tambahnya, mungkin ada kerisauan dari pihak lawan jikalau Sabah menjadi seperti Sarawak, kerana setelah Sarawak meninggalkan Barisan Nasinal (BN) selepas PRU 2018, jelas Sarawak menjadi jauh lebih maju.
“Kita lihat analisis data ekonomi terbaru bahawa Sarawak telah menjadi Wilayah paling tinggi pendapatan di Malaysia selama tiga tahun berturut turut sejak 2022.
“Pendapatan Sarawak meningkat 65% berbanding pada 2018 iaitu ketika bersama sama dalam BN.
“Ini lah kesannya selepas Sarawak Menjadikan Sarawak For Sarawakian sebagai slogan perjuangan mengikut Aspirasi Rakyat Sarawak sekaligus mengusir pengaruh parti Malaya di Sarawak dahulu,” katanya.
Menurut John, rakyat Sabah sudah muak dengan karenah pemimpin Parti Dari Malaya yang tidak memahami aspirasi rakyat Sabah. Mereka datang di Sabah dan menabur janji namun tiada satupun janji tersebut telah di tunaikan.
“Bila janji tidak ditunaikan ia akan menjadi satu pembohongan besar kepada Rakyat Sabah. Dalam PRK di kimanis yang lalu Zahid berjanji mahu melaksanakan MA63 secara 100%, tapi sampai hari ini masih juga tidak terlaksana, dan kalau terlaksana pun pastinya bukan dari usaha beliau.
“Macam-macam lagi janji di tabur seperti janji 100 hari Sabah Baru, Jambatan Menumbok Labuan, janji harga minyak turun dan lain-lain lagi.
“Semua ini adalah janji dari Pemimpin Malaya dan Rakyat Sabah tidak akan lupa siapa-siapa pemimpin yang telah membohongi rakyat Sabah sejak lebih 30 tahun Parti Malaya memerintah Sabah.
“Oleh itu bukan sahaja Pemimpin Parti Malaya tidak layak mengajar Rakyat Sabah tentang perpaduan tetapi pemimpin parti dari Malaya juga tidak layak memimpin di Sabah,” tegas beliau.
Oleh itu John menyeru kepada semua rakyat Sabah agar jangan takut menggunakan atau melaungkan slogan Sabah For Sabahan sebab rakyat Sabah berhak menggunakan Slogan keramat itu.
“Ingat, Sarawak pernah menggunakan slogan Sarawak For Sarawakian dan hasilnya sekarang Sarawak dipimpin oleh pemimpin Sarawak tanpa dapat digugat oleh pemimpin dari Malaya.
“Slogan Sabah For Sabahan adalah tunjang kekuatan perpaduan kita di Sabah. Kali ini biar rakyat Sabah yang menentukan halatuju politik Sabah.
“Samaada mahu memilih parti-parti Dari Malaya bersama gabungan mereka, atau memilih Parti Tempatan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN akan datang.” Jelas beliau.



