24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

BERWASPADA NASIHAT SALLEH KEPADA PENDUDUK KOTA BELUD

Salleh bersama Arshad bertanya sesuatu kepada seorang makcik di pusat pemindahan ketika menziarahi mereka.

KOTA BELUD : Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak menasihatkan penduduk di kawasan Kota Belud supaya berhati-hati dan bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan ketika musim banjir.

Katanya, ini kerana keadaan cuaca masih mendung dan hujan renyai.

“Walaupun ada kawasan sudah mulai surut namun ada setengah tempat masih mengalami banjir,” katanya dalam satu hantaran di akaun facebook peribadinya.

Beliau menasihatkan demikian ketika menziarahi mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan di Dewan Tun Said, Balai Muhibbah Kampung Baru dan Dewan SMK Taun Gusi 2 di sini, hari ini.

Turut bersama beliau ialah Adun Kawasan Tempasuk, Arshad Bistari.

TAKLIMAT..Salleh bersama Arshad dan Fairuz diberikan taklimat perkembangan banjir di Kota Belud oleh Pegawai Daerah Hajah Dyanah Abdullah di bilik mesyuarat pejabat daerah Kota Belud

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri berharap mangsa banjir supaya bersabar menghadapi dugaan yang mereka hadapi.

Salleh kemudian diberi taklimat khas oleh Pegawai Daerah, Puan Hajah Dyanah Abdullah berhubung keadaan banjir di daerah berkenaan.

Adun Pintasan, Fairuz Renddah dan Arshad turut hadir sama pada taklimat itu.

Katanya, beberapa perkara juga telah dibincangkan termasuk isu kebajikan dan keselesaan mangsa banjir, masalah air bertakung di jalan raya, bantuan makanan dan keperluan asas serta bantuan yang diberikan pihak polis.

“Kami akan melakukan sebaik kemampuan untuk menghulurkan bantuan untuk meringankan beban penduduk yang terlibat,” ujar beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN