31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

BERSATU Labuan dihidupkan semula

Wahab (duduk dua dari kiri) bersama AJK Penaja BERSATU Bahagian Labuan.

LABUAN: Parti BERSATU Bahagian Labuan yang terumbang ambing sejak dua tahun lalu kini bernafas semula selepas beberapa pemimpin yang masih setia kepada parti itu mengorak langkah untuk membentuk semula jawatankuasa baharu yang diadakan baru baru ini.

Pembentukan jawatankuasa baharu itu telahpun disahkan oleh parti BERSATU peringkat pusat yang kini berstatus penaja.

Ketua Cawangan BERSATU Lajau, Wahab Zainal telah pun dilantik sebagai Ketua Penaja BERSATU Bahagian Labuan dan telah menerima Watikah pelantikan daripada Presiden Parti BERSATU Tan Sri Muhyadin Yasin pada 10 Disember 2025.

Semantara itu, Ketua Cawangan BERSATU Lapangan Terbang dilantik sebagai Timbalan Ketua penaja parti itu.

Turut dilantik dalam pembentukan jawatankuasa baharu itu ialah Johari Abidin sebagai Ketua Penerangan, Ismanto Suratman (Setiausaha) Juliana Ibrahim (Bendahari) dan Suzila Tamin sebagai Ketua Serikandi.

Dalam pada itu, Wahab berkata, sebagai Ketua Penaja, beliau bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengaktifkan semula 27 cawangan yang masih wujud.

“Saya bersama rakan rakan dalam kepimpinan yang baharu ini akan berkerjasama untuk mengaktifkan semula 27 cawangan yang sedia selain melengkapkan organisasi dan struktur Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)”, katanya dalam satu pertemuan dengan media di sini, pada Jumaat.

Wahab turut menjelaskan ketika ini terdapat lebih 2,000 ahli BERSATU yang masih aktif diperingkat cawangan dan usaha untuk meningkatkan jumlah keahlian akan terus diperkasakan.

Wahab berkata, Parti BERSATU Bahagian Labuan sebelum ini mencatatkan sejarah terbaiknya apabila memenangi kerusi Parlimen P166 Labuan melalui mantan Ketua Bahagian BERSATU Labuan, Datuk Indera Dr Suhaili Abdul Rahman.

“Berdasarkan kepada kejayaan itu juga lah kami berusaha untuk meneruskan perjuangan dengan menghidupkan semula parti BERSATU Labuan dan kami yakin BERSATU Labuan masih lagi diterima oleh rakyat Labuan’, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN