25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bengkel Vokal & Penjurian Telupid Perkaya Seni Suara Etnik dan Antarabangsa

INFO GRAFIK .. Bengkel Vokal & Penjurian Telupid Perkaya Seni Suara Etnik dan Antarabangsa

TELUPID: Daerah ini menjadi destinasi terbaharu siri jelajah seni apabila Bengkel Vokal & Penjurian (Skop Etnik Sabahan & Antarabangsa) yang bakal dianjurkan pada 30 Ogos ini di Mini Hall Aisyah Dealova, Pekan Telupid.


Program ini merupakan anjuran MV Event & Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Rekreasi Artis Sabah (KERAS) melalui siri Jelajah Seni Muzik, dan akan dirasmikan oleh YB Datuk Jonnybone J.Kurum, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri ll Sabah merangkap ADUN N47 Telupid.


Bengkel yang dijadualkan dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini akan memberi peluang kepada peserta mendalami teknik vokal, penghayatan muzik serta kaedah penjurian pertandingan yang terkini berasaskan skop etnik dan antarabangsa.


Tenaga pengajar utama ialah Rhowell Rolland Raymond Pagi, Pengetua Fortissimo Music Studio yang terletak di Tuaran, Sabah dan juga Pensyarah Vokal Ensemble di UITM Cawangan Sabah, yang akan berkongsi pengalaman luas dalam bidang seni suara.


Kehadiran Rhowell dijangka memberi nilai tambah kepada para peserta, khususnya dalam memperkaya pengetahuan vokal profesional dan aspek teknikal penjurian.


Pengerusi Penganjur ialah, Sylviana Viana Saiki, yang juga merupakan Pengarah MV Event & Entertainment, Setiausaha Agung Kelab Rekreasi Artis Sabah (KERAS) serta AJK Pembangunan Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA).


Beliau berkata, penganjuran bengkel ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan pihaknya untuk memperkukuh seni muzik dan memberi ruang serta peluang kepada bakat baharu serta orang lama di dalam industri khususnya di daerah Telupid dan berdekatan.


“Bengkel seperti ini bukan hanya disertai oleh peserta dari Telupid, tetapi juga menarik minat mereka dari luar daerah.


“Kehadiran peserta daripada pelbagai kawasan menunjukkan minat yang mendalam terhadap seni suara dan membuktikankan bahawa program seumpama ini releven untuk memperkukuh seni muzik dalam arus yang lebih luas,” katanya.


Sebelum ini, siri bengkel vokal dan penjurian seumpamanya telah beberapa kali diadakan di Kota Kinabalu, Ranau, Keningau, Kota Belud dan Kota Marudu serta Tuaran, dan kini diteruskan ke Telupid.


Usaha berterusan ini mencerminkan kesungguhan MV Event di bawah pimpinan Sylviana, untuk memperluas, melahirkan bakat baru, dan mengangkat martabat budaya tempatan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.


Bengkel di Telupid ini dijangka menjadi medan penting untuk pembangunan bakat, jaringan sesama penggiat seni, serta platform memperkenalkan keunikkan muzik etnik Sabah kepada khalayak lebih besar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN