24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Belia disaran tidak memilih pekerjaan

GAMBAR – Cik Norsyaineh

RANAU : Dalam keadaan sekarang ini, golongan belia  khususnya lepasan sekolah samada berizajah atau deploma disaran supaya tidak terlalu memilih bidang pekerjaan.

Mereka sepatutnya menceburkan diri dalam bidang perusahaan perniagaan atau pertanian bagi meraih pendapatan sendiri meskipun bermula secara kecil-kecilan tanpa bergantung harap dengan bantuan kedua Ibu bapa.

Salah seorang  beliawanis lepasan sekolah, Cik Norsyaineh Binti Hamiri 24, anak kedua daripada empat beradik kelahiran Kg.Koporingan Ranau berkata, keadaan sekarang dengan penularan wabak Covid-19, menjadi satu cabaran kepada golongan  belia (pencari kerja)untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam dan Swasta kerana ada majikan telah mula mengurangkan bilangan  pekerja mereka malah ada yang memberhentikan pekerja disebabkan penurunan produk masing-masing berikutan Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

“Justeru, golongan belia harus bijak mencari pekerjaan meskipun bukan di Jabatan PerkhidmatanAwam(JPA)dengan mengikuti skim latihan atau kursus-kursus dan seminar kemahiran yang disedia-anjurkan pihak kerajaan atau sewasta” jelas Norsyaineh salah seorang staff Tadika Ceria Idaman Kg.Paka Dua Ranau sejak awal tahun 2020.

Beliau turut mencadangkan kepada kerajan supaya mempelagaikan skim latihan Kemahiran membolehkan   golongan belia dapat berdikari dan membela nasib keluarga mereka sekaligus demi Pembangunan Negara secara mapan. BDB
           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN