PENGHARGAAN… Micheal menyampaikan cenderahati kepada Jonathan diperhatikan Siti Zulaikha Sempena Sambutan Kaamatan Peringkat SK. Paus Ranau.
RANAU: Penduduk di sini digesa agar bekerjasama dan bersatu padu tanpa mengira perbezaan antara mereka, demi mewujudkan masa depan yang cerah dan harmoni bagi generasi akan datang.
Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, hal tersebut penting demi menjaga kepentingan bersama di dalam masyarakat berbilang kaum, agama dan fahaman politik.
“Salah satu contoh amalan yang dibanggakan ialah berpatisipati dalam acara gotong-royong kampung.
Selain itu, sikap saling membantu di antara satu dengan yang lain juga adalah amalan mulia yang dapat menjamin masa depan yang aman.
“Begitu juga dengan sikap masyarakat yang sama-sama menyambut pelbagai perayaan seperti Krismas, Hari Raya, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Sikap yang tidak mengenal perbezaan antara satu sama lain adalah sangat positif.
“Kia mahu semangat seperti ini dapat diteruskan kerana bila kita berbuat demikian maka kita memberi kemenangan kepada semangat untuk perpaduan, kerjasama, toleransi, setia kawan dan kemajuan,” katanya.
Jonathan berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Kaamatan SK Paus tahun 2025 bertempat di Dewan mini Kg. Paus Ranau di sini baru-baru ini.
Beliau memuji dan berterimakasih kepada pihak AJK penganjur majlis tersebut kerana telah berjaya menganjurkan program yang dijalankan dengan baik hasil persiapan yang cukup rapi.
“Elemen tradisi yang ditunjukkan dalam majlis ini begitu cantik dan bermakna sekali dengan mengambil penglibatan murid-murid dan ibu bapa sekolah di sini yang turut menjadikan majlis ini cukup bermakna,” katanya.
Beliau turun mengucapkan tahniah kepada SK Paus atas pencapaian-pencapaiannya dalam bidang sukan dan sebagainya, dan menggesa agar kecemerlangan diteruskan di masa akan datang.



