PENJAWAT AWAM…. Nur Azuana mengaku bersalah Sselepas didakwa mengemukakan dokumen palsu tender kerajaan
LABUAN: Seorang wanita bekas pengusaha sebuah taska mengaku tidak bersalah di Mahklamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan membuat tuntutan palsu mengenai subsidi yuran Taska 1 Malaysia bernilai RM45,360.00 tiga tahun lepas.
Tertuduh 60, yang mempunyai 7 anak dan 13 cucu membuat pengakuan tidak bersalah dihadapan Hakim Abu Bakar Mamat, pada Jumaat.
Tertuduh didakwa mengemukakan 20 borang permohonan untuk subsidi yuran Taska 1Malaysia berjumlah antara RM10,800 hingga RM12,960 kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan antara 27 Mac 2017 dengan 15 Feb 2018.

BERSALAH Reni (kanan) dipenjara sebulan dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah cuba merasuah anggota polis
Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Rekhraj Singh, tertuduh melakukan tuntutan palsu itu di bangunan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, manakala kesemua 20 pemohon tidak pernah memohon subsidi itu.
Tertuduh yang diwakili seorang peguam didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah dipalsukan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.
Hakim Abu Bakar membenarkan jaminan RM10,000 dengan deposit RM4,000 oleh dua penjamin dan menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah serta melapor diri ke pejabat SPRM dua bulan sekali.
Mahkamah menetapkan 25 Sept untuk sebutan semula kes.
Dalam mahkamah yang sama, seorang lelaki kurang upaya mengaku bersalah selepas didakwa memberi rasuah kepada anggota polis setahun yang lalu.
Terruduh Reni Bani, 39 dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM10,000 dan penjara tambahan satu bulan lagi sekiranya gagal membayar denda oleh hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Mamat.
Tertuduh yang baru bebas dari penjara pada Jun 2019 atas kesalahan dadah, didakwa melakukan kesalahan itu berdekatan Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada 3.35 petang 13 Nov 2019 dengan menawarkan dan memberi rasuah kepada dua anggota polis anti narkotik bernilai RM1,570.00 sebagai dorongan untuk melepaskannya atas kesalahan mengambil syabu.
Dia didakwa atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan. Kes itu dikendalikan pegawai pendakwa daripada SPRM Sabah, Clementine Severinus.
Selain itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Mamat turut menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM 2,000 atau tambahan penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda terhadap seorang penjawat awam, Nur Azuana Selamat, yang mengaku salah atas tuduhan mengemukakan dokumen palsu untuk mendapatkan tender kerajaan.
Mengikut fakta kes yang dibacakan oleh pegawai pendakwa SPRM Labuan Schwartz Nasution, Nur Azuana, 32, didakwa telah mengemukakan beberapa dokumen palsu untuk mendapatkan tender kerajaan bagi membekal makanan dan minuman latihan penilaian pertumbuhan dan kainseling pemakanan bayi dan kanak-kanak di Makmal ICT Jabatan Kesihatan Labuan pada 3 dan 5 Mei 2017.
Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau lima kali ganda nilai rasuah.



