PERTARUHAN PIS DI PITAS…Kinchin Boluot Calon PIS Bahagian Pitas
OLEH: A.JALIL MADARIN
PITAS: Timbalan Presiden kouta Muslim Parti Impian Sabah (PIS) Rakman Sakmad berkata, PIS merupakan sebuah parti baharu yang bergerak secara solo dan akan bertanding pada pilihan raya negeri PRN ke17 ini hampir di kesemua Kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah.
Katanya, PIS mempertaruhkan bekas guru besar Kinchin Boluot untuk DUN Pitas.
Beliau menyeru semua pengerusi-pengerusi 11 Pusat Daerah Mengundi PDM Dun Pitas bersama rakyat yang wajib mengundi agar memilih Kinchin Boluot calon pilihan kali ini.
Rakman yang juga Pengarah Pilihan Raya Parti Impian seluruh Sabah antara lain berkata demikian di Majlis Perasmian Pejabat Parti Impian Sabah Bahagian Pitas dan Mesyuarat Membentuk Jawatankuasa Jentera Pilihan Raya PIS Dun Pitas di Kampung Salimpodon Laut dekat sini baru-baru ini.
Terdahulu Pengerusi Bahagian Parti Impian Sabah Bahagian Pitas merangkap Biro Pendidikan PIS Kinchin Boluot berkata, di peringkat Bahagian Pitas seandainya beliau diberi mandat oleh rakyat akan memfukaskan lima misi untuk ketengahkan sebagai satu perancangan untuk memajukan daerah Pitas yang masih kekurangan dan terlepas pandang oleh pemimpin terdahulu.
Yang pertama kata beliau meningkatkan kesejahteraan rakyat, kedua memperkasakan pendidikan belia, ketiga membangunkan ekonomi tempatan, keempat memperjuangkan ketelusan dan tadbir urus baik dan terakhir memartabatkan identiti dan budaya tempatan
Pada majlis itu kelima lima misi ini dihurai sepenuhnya oleh Kinchin

BERSAMA PENYOKONG PIS… Duduk depan empat, lima dan enam dari kanan masing-masing Abel, Rakman dan Kinchin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir.
Manakala visinya, membina Pitas yang berdaya maju, berintegriti dan inklusif melalui pembangunan seimbang dalam pendidikan, ekonomi dan infrastruktur demi kesejahteraan rakyat akan turut diberi penekanan.
Kinchin Boluot 65, mantan guru besar 32 tahun dan bersara wajib memiliki akademik Bachelor Bimbingan dan Kaunseling (UPM) dan Diploma Sains Sosial (Intitut Impian Sabah) beliau melibatkan diri dalam arena politik sekian lama namun dia menonjol bilamana telah bersara dari seorang pendidik dan kini bertugas sebagai Pengerusi KPSM Pitas Bhd.
Beliau telah menjelajah ke 11 buah Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Dun Pitas.
Selain Pengerusi PIS Bahagian Pitas Kinchin yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Impian Sabah (AMT) menambah, undang undang atau prinsip dalam PIS ialah setiap calon yang menang hanya dibenarkan memegang jawatan dua penggal sahaja ianya akan digantikan dengan pemimpin atau calon lain yang lahir dari kalangan generasi muda yang berjiwa rakyat.
“Dalam PIS tidak ada pemimpin kitar semula semuanya pemipin muka baharu yang berketerampilan, berwibawa di senangi rakyat jelata.
Dalam hubungan ini beliau merayu kepada seluruh rakan seperjuangan agar memikirkan dari sekarang sebelum tiba masanya untuk membuang undi dan memilih calon yang benar-benar bebas rasuah, berjiwa rakyat, tidak membelakangkan mereka yang tidak setara dengan mereka.
Tambahnya, dalam program jelajah PIS Pitas beberapa bulan yang lalu mereka berkunjung rumah kerumah bersemuka dengan penduduk, menyantuni mereka dengan mendengar keluhan mereka ada diantara mereka terabai memohon rumah SMJ, memohon pembaikan rumah dan yang paling besar memohon geran tanah yang sudah sekian lama mereka duduki dan menantikan geran tersebut namun semua tidak berkesudahan.
Malah katanya ada diantara mereka yang layak diberikan rumah SMJ dan ada juga tanah yang mereka duduki sudah dimiliki oleh orang lain.
Tegasnya, sekiranya PIS diberi mandat oleh rakyat beliau akan majukan perkara ini untuk dikaji semula dan diambil tindakan selanjutnya oleh pihak yang berkuasa.
Hadir sama, Calon Parti Impian Sabah Dun Tandek Encik Abel Pangair, Timbalan Pengerusi Bahagian mengetuai seluruh Ahli Jawatankuasa PIS Bahagian Pitas serta Pengerusi-Pengerusi Parti Impian Sabah PDM Pitas.



