25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Beberapa buah kampung di Nabawan dilanda banjir

Gambar atas: Kesan banjir di Kampung Pohon Batu salah satu kampung yang dilanda banjir.

NABAWAN:Sekurang-kurangnya tiga kampung di daerah dilanda banjir besar kira-kira jam 2.00 pagi tadi.

Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu Moinjil ketika dihubungi berkata, kampung-kampung terbabit adalah Kampung Pohon Batu, Binanun dan Nangkawangan.

Peter Jonu Moinjil

Katanya, selain menjejas beberapa buah rumah penduduk, bangunan sekolah dan kemudahan awam termasuk bekalan air paip graviti di tiga kampung berkenaan turut terjejas.

Berikutan bajir besar itu beberapa jambatan termasuk jambatan utama di Kampung Binanun hanyut menyebabkan laluan terputus.

Sekolah Kebangaan (SK) Pohon Batu yang yang turut terjejas akibat banjir itu.

“Pada masa ini penduduk di kampung terbabit tidak dapat keluar ke pekan sama ada Keningau, Sook dan Nabawan untuk  mendapatkan barang-barang keperluan mereka” katanya.

Sehubungan dengan itu katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah sedang menyelaras bantuan barang makan dan air minuman untuk dihantar kepada penduduk kampung yang terlibat.

“Walau bagaimanapun kita mungkin tidak dapat menghantar barang-barang keperluan tersebut dengan kenderaan di lokasi kerana laluan terputus kerana jabatan di Bonor juga dilaporkan putus. Jika keadaan jalan darat tidak boleh dilalui sehingga petang ini kita akan cuba menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri untuk minta bantuan perkhidmatan helikaotor bagi membolehkan barang-barang keperluan terus dihantar kepada mangsa” jelasnya.

Salah seorang pengguna jalan raya menunjukkan jambatan Kampung Bonor yang ditenggalami air.

Pada masa sama katanya, pihak Bomba Dan Penyelamat telah bergegas di lokasi kejadian untuk tugasan penyelamatan kerana yang diutama adalah nyawa penduduk terlebih dahulu.

Namun kata Peter yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alama Daerah, sehingga tengah hari tadi belum ada info yang diperolehi daripada pihak Bomba Dan Penyelamat.

Sementara itu Pejabat ADUN Nabawan  dan UPPM Nabawan dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Nabawan akan menghantar bantuan barang-barang makan dan air minuman kepada penduduk  di kampung-kampung berkenaan jika jalan raya boleh dilalui.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN