26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir  turun padang sampaikan wang ehsan   mangsa ribut

Gambar: BASHIR (dua kiri) menyerahkan wang ehsan kepada puan Rubiah dari kampung Lajau  sambil diperhatikan  Rithuan (dua kanan) dan Helmi (kanan sekali). Turut kelihatan  Ketua UMNO Cawangan Lajau, Suhaili Amir.

LABUAN: Pengerusi Perbadanan Labuan yang baharu dilantik, Senator Datuk Bashir Alias turun padang menyantuni lima buah keluarga mangsa angin ribut untuk menyerahkan   wang ehsan sumbangan Perbadanan Labuan yang diadakan pagi Selasa

Turut mengiringi Bashir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, Pengarah Jabatan Pelaburan dan Sosio Ekonomi Perbadanan Labuan, Helmi Bali dan   Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan.

Untuk rekod sebanyak 21 buah rumah yang melibatkan 14 buah kampung musnah teruk  akibat di badai angin kencang yang melanda Labuan  selama tiga hari berturut turut bermula 9 Julai hingga 11 Julai yang lalu.

Dalam kejadian tiga  hari berturut turut itu sebahagian rumah penduduk kampung   rosak akibat bumbung rumah diterbangkan angin dan sebahagian lagi rosak akibat dihempap pokok tumbang.

Bashir ketika ditemui berkata kesemua 21 buah rumah yang mengalami kerosakkan akan menerima bantuan wang ehsan Perbadanan Labuan antara RM500 hingga RM1,500 mengikut kerosakkan yang dialami.

 “ Setiap  ketua keluarga  (rumah rosak)  akan menerima antara RM500 hingga RM1,500 mengikut kerosakkan yang dialami dan kita berharap dengan adanya sumbangan ini akan dapat mengurangkan beban keluarga mangsa bencana angin ribut” katanya.

Lima buah rumah yang telah menerima bantuan ihsan itu ialah  Dayang Chuchu Awangku Mohodin, Awangku Khamis Awangku Mohodin dari kampung Kilan Kassim, Salim Salleh dari kampung Bukit Kalam, Azri Abdul dan Rubiah Yaccob kedua-duanya dari Kampung Lajau.

Manakala 16 buah rumah lagi akan menerima sumbangan yang sama secara berperingkat-peringkat bermula hari ini (Khamis).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN