27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir serah sumbangan alat tulis kepada Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Labuan

TAKLIMAT….. Ansharey memberikan taklimat ringkas mengenai fungsi PAKK kepada Bashir, Turut kelihatan Anizah


LABUAN: Ahli Dewan Negera Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias menyerahkan sumbangan alat tulis kepada dua buah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Labuan, pada Selasa.


Sumbangan tersebut sekaligus memberi manfaat kepada 200 kanak-kanak dari PAKK, Perumahan Taman LDA Bedaun dan dan PAKK Bukit Kuda untuk meneruskan aktiviti pengembangan kanak-kanak di rumah masing-masing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.


Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Penyelia PAKK, Taman Permuahan LDA Bedaun, Anizah Mohd Yusuf dan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad.


Bashir ketika ditemui media pada majlis itu, menucapkan tahniah kepada JKM Labuan kerana telah berjaya menubuhkan PAKK sebagai usaha membantu mencegah kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak daripada ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan masalah sosial yang lain terutamanya di kawasan yang berisiko.


“ Saya berharap sumbangan ini akan membantu kanak-kanak tersebut untuk meneruskan aktiviti pendidikan ketika mereka berada di rumah sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.

Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ibu bapa kanak-kanak tersebut yang terkesan dengan PKP” katanya.


Sementara itu Ansharey berkata, ketika ini Labuan mempunyai dua buah PAKK dikendalikan oleh Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) di bawah pengawasan JKM.


“Objektif penubuhan PAKK ini adalah untuk menganjurkan program dan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutamanya di kawasan berisiko tinggi yang terdapat ramai kanak-kanak yang terlibat dalam kegiatan sosial dan kegiatan yang kurang sihat” katanya.


“JKM berterima kasih kepada Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Hj Bashir yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan alat tulis kepada PAKK dan ini sekaligus membantu anak-anak tersebut untuk melakukan aktiviti mereka di rumah sepanjang tempoh PKP ini.


Beliau berkata, pihaknya bersama PPKK akan mengagihkan alat alat tulis itu terus kerumah kanak-kanak berkenaan.


“ Kedu-dua PAKK ini telah ditutup sementara berikutan arahan kerajaan yang melaksanakan PKP bagi membendung penularan wabak Covid 19 di negara ini” katanya. -Borneo Daily Bulletin

  1. SERAH…. Bashir menyerahkan sumbangan alat tulis kepada Anizah sambil diperhatikan Ansharey.
  2. TAKLIMAT….. Ansharey memberikan taklimat ringkas mengenai fungsi PAKK kepada Bashir, Turut kelihatan Anizah
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN