26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir  lancar  Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 peringkat Labuan pada 14 Ogos ini.

GAMBAR: SIMBOLIK…. Supian menyerahkan Jalur Gemilang kepada Bashir sebagai tanda simbolik kunjungan hormat yang diadakan di kediaman Bashir di kampung Sungai Lada.

LABUAN: Ahli Dewan Negera Senator Datuk Bashir Alias  dijadual akan melancarkan  perasmian Bulan Kebangsaan dan Kempen Jalur Gemilang 2021 peringkat Labuan yang akan dibuat secara maya pada 14 Ogos ini.

Demikian diberitahu oleh Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Supian Musa selepas melakukan Kunjungan Hormat terhadap  Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias di kediamannya di Kampung Sungai Lada, pada petang Selasa.

Miskipun pelancaran tersebut akan dibuat secara maya, namun Bashir yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan akan menghadiri  majlis menaikkan Jalur Gemilang  sebagai simbolik perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen Jalur Gemilang yang akan diadakan di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Wilayah Persekutuan Labuan.

“Sebaik sahaja Datuk Bashir berucap merasmikan pelancaran sambutan Bulan kebangsaan dan Kempen jalur Gemilang  secara maya, beliau akan menyaksikan majlis menaikkan Jalur Gemilang  dan Nyanyian Lagu Negaraku yang akan di adakan di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan” katanya.

Turut hadir pada majlis itu nanti Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancaran Bulan kebangsaan dan Kempen Jalur Gemilang, Dr Fary Akmal Osman dan Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Lanbuan, Superitendan Ahmad Jawila serta beberapa tetamu kehormat lain.

Kunjungan Hormat tersebut diakhiri dengan penyerahan Jalur Gemilang dan sesi fotografi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN