24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir dilantik semula sebagai Senator untuk penggal kedua


GAMBAR: BASHIR…. Dilantik semula Senator bagi penggal ke dua.

LABUAN: Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Haji Bashir Haji Alias dilantik semula sebagai Senator (Ahli Dewan Negara) bagi penggal ke dua.

Beliau bersama tiga lagi muka baharu akan mengangkat sumpah dihadapan Yang Di Pertua Dewan Negara, Datuk SA Vigneswaran, pada Isnin ini (22 Jun2020).

Bashir, 54, mantan Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan merupakan anak jati Labuan yang juga seorang usahawan dan ahli politik tempatan yang disegani.

Beliau mula dilantik sebagai senator pada 5 Jun 2017 untuk tempoh tiga tahun ( satu penggal) sehingga 5 Jun 2020.

Tiga muka baharu yang diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilantik sebagai Senator ialah YB Susan Chemeral Anding, YB Robert Lau Hui Yew dan YB Rita Sarinah Ak Paktrick Insol.

Terdahulu sebelum itu, pada 16 Jun lalu Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan Tan Sri Dr. Rais Yatim bersama empat lagi individu lain telah mengangkat sumpah sebagai Senator.

Empat individu yang mengangkat sumpah bersama Dr. Rais ialah Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Ketua Dewan Penyokong PAS, N Balasubramaniam dan bekas setiausaha politik Tun Dr. Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip.


Dewan Negara mempunyai 70 senator dengan 26 dilantik oleh 13 negeri manakala 44 lagi dilantik Yang di-Pertuan Agong termasuk dua bagi Wilayah Perkutuan Kuala Lumpur dan satu untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN