Bashir dilantik Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan

Oleh: Jainudin Djimin

Bashir


LABUAN: Ahli Dewan Negera, Senator Datuk Bashir Alias sekali lagi dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan bagi sesi 2020-2022.


Sebelum ini beliau pernah memeggang jawatan itu untuk tempoh tiga tahun 2016-2018 menggantikan Alahyarham Datuk Yunus Kurus yang tamat tempoh selama tiga penggal dari tahun tahun 2007 hingga hujung tahun 2015.


Bashir 55, yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan menerima surat pelantikan itu daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkuatkuasa pada 1 September lalu sehingga 30 Jun 2022.


Untuk rekod Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan dilantik oleh Menteri Wilayah Persekutuan mengikut Akta Perbadanan Labuan 2001 (Akta 609) Peranggan 6(1)(a) yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan enam anggota yang lain.


Sementara itu Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan bertanggung jawab untuk memberikan nasihat kepada Perbadanan Labuan berhubung dengan fungsi-fungsi kerajaan tempatan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Labuan.