Florian (kanan)semasa menyambut ketibaan Robert
KENINGAU:Tiada ungkapan yang paling berharga yang sampaikan kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)selain berterima kasih atas keprihatinan kerajaan kepada rakyat yang memerlukan.
Demikian dinyatakan oleh Florian Ilon seorang Ketua Isi Rumah (KIR)yang mendapat bantaun rumah dibawah Program Bantuan Rumah.
Florian penduduk Kampung Bingkor Baru berkata, Kerajaan GRS adalah kerajaan rakyat yang sentiasa mendengar dan ambil berat masalah rakyat.
“Kerajaan GRS dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor perlu diberi ruang dan sokongan yang padu agar Pembangunan di Negeri ini khususnya di luar Bandar dapat dilaksanakan dengan berterusan. Masa sekaranglah pemimpin kerajaan GRS melakukan yang terbaik untuk rakyat Sabah” katanya.
Pada masa sama Florian menyokong penuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Datuk Robert Tawik @ Nordin begitu prihatian dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasannya.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya kerana menyalurkan peruntukan khas ADUN bagi membiayai pembinaan sebuah rumah untuk keluarga saya” kata Florian.
Beliau berkata demikian semasa menyambut ketibaan ADUN Bingkor yang melawat rumah Florian yang sudah siap di Kampung Bingkor Baru.