JOHAN…kategori Pertubuhan Belia BAMBU bersama hadiah yang dimenangi.
LABUAN: Kelab Belia Kampung Bebuloh (BAMBU) dinobatkan johan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2025, kategori Pertubuhan Belia sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, pada Sabtu
Dengan pengiktirafan itu, BAMBU menerima hadiah wang tunai RM10,000 serta piala iringan dan sijil.
Selain itu Pengerusinya, Susi Ramilyana Maideen turut dinobatkan johan bagi kategori Individu Wanita sekaligus menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala dan sijil.
Naib johan bagi kategori Pertubuhan Belia di anugerahkan kepada Kelab Belia Lubok Temiang (KBLT) untuk menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala dan sijil.
Tempat ketiga dimenangi Persatuan Gabungan Belia dan Beliawanis Pohon Batu (GABPOBA) membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala dan sijil.
Sementara itu bagi kategori Individu Lelaki dimenangi oleh Penggiat Seni Whusu, Tan Chee Haw menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala dan sijil.
Naib johan dan tempat ketiga bagi kategori Individu Lelaki dimenangi oleh Irham Zilhulmi Mohd Johan dan Manmohan A/L Nathan.
Kedua dua mereka menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan RM500 berserta piala dan sijil.

JOHAN…. kategori Individu Wanita, Susi Ramilyana menerima hadiah daripada Mohd Sukuran.
Sementara itu naib johan dan tempat kategori Individu Wanita masing masing dimenangi Nur Syahiera dan Nur Mirza Rasyiqah Nizam.
Kedua dua mereka turut menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan RM500.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara Dr. Vellapandian Ponnusamy, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Mahanum Fauzi dan Presiden Majlis Belia Labuan (MBL) Nazera Roslan.
Sambutan Hari Belia Negara (HBN) peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan di anjuran oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) bersama Majlis Belia Labuan (MBL) dan mendapat kerjasama rakan strategik daripada agensi kerajaan dan swasta.
Majlis yang berlangsung di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan itu dihadiri lebih 5,000 golongan belia yang melibatkan pelajar sekolah menengah, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Persatuan Belia.



