26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

BAF Labuan 2025 sasar 35,000 pengunjung

Dr. Zaliha kegika meninjau tapak BAF di taman Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan baru baru ini.

LABUAN: Borneo Art Festival (BAF) Labuan 2025 yang akan berlangsung 13 hingga 17 November tahun ini dengan menampilkan elemen yang lebih menarik menyasarkan kehadiran pengunjung sehingga 35,000 orang.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata BAF yang memasuki edisi ke 12 tahun ini akan dilangsungkan di Taman Rekreasi Kompleks Sukan Laut Labuan. Sebelim ini BAF telah diadakan di dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan (FPL).

” Pada tahun ini kita memilih Taman Rekreasi Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan sebagai Lokasi BAF kerana ianya bukan sahaja bersesuaian dengan konsep penganjurannya yang menampilkan acara baharu tetapi juga lokasinya yang sebelum ini pernah menjadi penganjuran Borneo Flora Festival (BFF) yang berjaya menarik lebih 120,000 pengunjung” katanya ketika kepada media selepas meninjau tapak BAF 2025 di Taman Rekreasi Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, baru baru ini.

Jelas beliau, BAF akan mempersembahkan tentang kebudayaan dan kesenian daripada segi hasil kraf tangan, makanan dan pakaian kebudayaan tradisional kaum dan etnik di Borneo.

Beliau berkata festival kali ini turut menampilkan tatikan wsktu malam termasuk lah Glow In Thes Dark, Light Of Borneo, Warisan The Glow serta pameran seni Visual.

“Festival Kesenian kali ini semakin berkembang dan menjadi simbol perpaduan dan kreativiti, menyatukan insan indan seni dan komuniti dsri segenap Borneo’, katanya.

Dr. Zaliha yalkin dengan pengisian yang baharu dan lokasinya yang lebih luas, Labuan akan terus menjadi tumpuan sebagai aktiviti seni dan budaya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN