SERAH…. Japar (dua kiri) menyerahkan bakul makanan secar simbolik kepada Anashery sambil disaksikan Rozman (kiri sekali) dan Bashir (kanan sekali)
LABUAN: Asian Supply Base (ASB) Sdn. Bhd akan terus menghulurkan bantuan bakul makanan, jika diperlukan pada bila-bila masa bagi membantu warga Labuan yang terkesan dengan pendemik COVID 19.
Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn Bhd. Japar Esteban berkata, ASB sebagai sebuah syarikat korporat komited melaksanakan tanggungjawab sosial untuk membantu masyarakat yang ditimpa musibah khususnya mereka yang terkesan dengan pendemik COVID 19.
“Sebagai sebuah syarikat GLC… kami sedia untuk menghulurkan bakul makanan pada bila bila masa, jika ia terus diperlukan” katanya ketika ditemui media selepas menyerahkan 500 pek bakul makanan bernilai RM25,000 kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di perkarangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, pada Isnin.
Sumbangan tersebut diserahkan kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Labuan, Ansharey Matarsad mewakili JPBD.
Hadir sama menyaksikan penyerahan bakul makanan itu Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias.
Dalam pada itu, Japar berharap sumbangan bakul makanan tersebut akan dapat membantu meringankan beban setiap ketua keluarga yang terkesan dengan pendemik COVID 19.