28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

APMM Labuan tahan  kapal OSV, bersauh tanpa kebenaran

Gambar : DITAHAN… kapal jenis OSV ditahan kerana disyaki berlabuh tanpa kebenaran

LABUAN:Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan menahan sebuah kapal  jenis Offshore Service Vessel (OSV))  kerana didapati berlabuh tanpa kebenaran di perairan Labuan, pada Rabu.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata, kapal OSV itu dikesan berlabuh tanpa kebenaran  di kedudukan  1.82 batu nautika tenggara Pulau Daat oleh kapal peronda Maritim Malaysia, KM Adil yang sedang melakukan  rondaan rutin.

“Mencurigai kedudukan OSV tersebut, KM Adil menghubungi kapal berkenaan beberapa kali, namun tiada sebarang jawapan diterima, sedangkan beberapa kru dilihat sedang  bertugas di atas kapal berkenaan.

Khuatir dengan keadaan tersebut,  KM Adil merapat  bagi melaksanakan pemerikasaan keatas kapal tersebut dan hasil pemeriksaan didapati dua lelaki warga tempatan berumur 25 tahun berada di atas vessel tersebut” katanya dalam satu kenyataan  media di sini kelmarin.

Nudin berkata, hasil daripada siasatan lanjut mendapati kedua dua lelaki berkenaan tiada dalam senarai nama kru, sebaliknya mereka diupah oleh pihak syarikat bagi menjaga kapal berkenaan.

Katanya, kapal berkenaan talah disyaki melakukan kesalahan di bawah  Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1956 kerana bersauh tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah  Jabatan Laut Malaysia.

“Kru dan kapal berkenaan ditahan dan diserahkan kepada pegawai  penyiasat untuk siasatan lanjut” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN