TAKLIMAT….Annuar (duduk tiga dari kanan) ketika mendengar taklimat projek Jalan Pesisir Pantai oleh Jurutera Kanan JKR, Sudin Hashim.
LABUAN: Miskipun Labuan dilanda hujan lebat seharian, namun ia tidak mematahkan semangat Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri TPr Annuar Musa untuk melakukan tinjuan Projek Jalan Pesisir Pantai Membedai pada Ahad.
Beliau yang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Labuan turut diiringi Ketua Setiasuaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Rosida Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Zaizalnizam Zaitun.
Sempena lawatan ke projek itu, beliau bersama rombongan telah diberikan taklimat mengenai perkembangan projek bernilai RM132 juta itu oleh Jurutera Kanan Jabatan Kerja Raya Labuan Ir. Sudin Hashim.
Sudin dalam taklimatnya berkata, projek jalan pesisir pantai yang menghubungkan Membedai dengan Tanjung Aru sepanjang 5.1 kilometer itu dibina bermula Disember 2017 dijadualkan siap pada April tahun depan selepas terlewat daripada jadual asal sebanyak 9 peratus susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan isu pengambilan tanah.
“Projek jalan raya sepanjang 5.1 kilometer di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) itu dijangka memberi memanfaat kira-kira 35 peratus pengguna jalan raya khususnya yang datang dari Kampung Lubok Temiang, Tanjung Aru, Nagalang dan Kerupang serta mampu mengurangkan kesesakan kepada pengguna jalan raya di Jalan Tun Mustapha untuk ke pusat bandar.
Turut sama dalam tinjuan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman, Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Bashir dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan. –Borneo Daily Bulletin