ADVERTISEMENTspot_img

Annuar Ayub Aman Hargai Sokongan Rakyat Selepas Pembubaran DUN Sabah

Annuar semasa menemui masyarakat pelbagai di kawasan Liawan.

KENINGAU: Selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubar pada Isnin, penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, menzahirkan penghargaan mendalam kepada rakyat yang telah bersama beliau sepanjang lima tahun pentadbiran yang penuh cabaran dan kejayaan.

“Lima tahun yang penuh cerita. Ada suka, ada payah, tapi semuanya kita lalui bersama demi rakyat yang kita sayang. Hari ini DUN dibubar, tapi semangat perjuangan tidak pernah padam,” katanya dalam satu kenyataan di laman rasmi beliau hari ini.

Annuar turut mengucapkan terima kasih atas kepercayaan, tenaga, dan doa rakyat Liawan sepanjang tempoh perkhidmatannya, sambil berharap agar perjuangan yang dibina bersama rakyat dapat diteruskan pada gelanggang pilihan raya yang akan datang.

“Terima kasih rakyat Liawan yang saya kasihi. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berkhidmat,” katanya.

Ucapan berkenaan mendapat pelbagai reaksi positif daripada masyarakat setempat yang rata-rata menzahirkan rasa terima kasih atas kepimpinan beliau yang dianggap berlandaskan tindakan, bukan janji.

Seorang penduduk Elezabthe Asik dari Kampung Limbawan menulis dalam akaun facebook “terima kasih Datuk kerana membawa banyak kemajuan dan bantuan khas untuk rakyat Liawan selama lima tahun berkhidmat. Semoga diberi peluang kedua untuk terus membela nasib rakyat.”

Beliau menyifatkan pentadbiran Annuar sebagai antara yang terbaik di N.41 Liawan, dengan pelbagai pembangunan nyata dapat dilihat daripada penyiapan jalan, pembinaan rumah rakyat, bantuan pelajar hingga program belia dan komuniti.

“Lima tahun bukan sekejap. Datuk Annuar sudah buktikan kerja, bukan janji. Liawan nampak hasilnya,” ujarnya.

Sementara itu dalam sembang-sembang di kopi rata-rata berharap agar kepimpinan Annuar diteruskan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 nanti demi kesinambungan pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN