26.6 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Anjung liar bimbangkan penduduk di Palu- Palu

ANJING BERKELIARAN …Sebahagian anjing yang berkeliaran di kawasan rumah penduduk yang sempat dirakam- FOTO KA.

KUALA PENYU: Kehadiran semakin banyak anjing-anjing liar yang berkeliaran membimbangkan penduduk di kawasan perumahan penduduk di Kg.Palu-Palu.


Seorang penduduk Encik Haslin Timbang memberitahu Borneo Daily Bulletin di sini, beliau sempat merakamkan gambar beberapa ekor anjing yang berkeliaran di kawasan rumah salah seorang penduduk di Kg.tersebut.


Menurutnya, anjing-anjing yang beliau nmpak sedang berkumpul di kawasan rumah penduduk bukannya seekor dua tapi banyak.


“Keadaan itu amat membahayakan kepada para penduduk dan juga kanak-kanak yang sering berjalan pada siang hari dan waktu malam.”‘,jelas Haslin.


Haslin berkata, anak-anak yang mahu datang menghadiri kelas mengaji di masjid juga merasa ketakutan disebabkan anjing begitu bnyak berkeliaran di kampung Palu-Palu ini.


Beliau yang mewakili penduduk kampung meminta kepada tuan punya yang memelihara anjing supaya mengurug anjing-anjing peliharaan mereka itu bagi mengelakan berkeliaran di kawsasan perumahan penduduk selain untuk menghindari anjing-anjing itu mencederakan orang awam terutama kanak-kanak di kampung tersebut.


Dalam pada itu ada dikalangan penduduk kampung mengadu yang ayam-ayam peliharaan mereka telah dimakan anjing bilamana anjing-anjing itu datang menceroboh kurungan ayam dibelakang rumah mereka.

“Selain ayam yang jadi mangsa, beberapa ekor kuching juga turut menjadi mangsa haiwan tersebut,” dakwanya.


Sementara itu, Pengerusi JawatanKuasa Pembangunan Kemajuan Keselamatan KgPalu-Palu,Encik Masri Matali ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sudah berjumpa pihak Majlis Daerah Kuala Penyu untuk urusan membincangkan bagi mengatasi masalah tersebut tetapi pihak MDS menjelaskan ia di luar bidang kuasa pihak Majlis kalau anjing-anjing liar berkeliaran di kampung.

Selain itu, Masri juga beekata beliau juga sudah pun berjumpa ke Pejabat Haiwan veteriner bagi memberitahu masalah itu tetapi pihak pengurusan Jabatan Haiwan dan Veteriner memberitahu, bahagian Jabatan itu hanya melakukan kerja-kerja merawat haiwan sahaja.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN