30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Anisah Nazri bercita-cita menjadi seorang pendidik

INGIN JADI CIKGU…Adik Anisah Nazri.

RANAU: Bercita-cita menjadi seorang pendidik itulah hasrat utama adik Anisah Binti Nazri 6, antara 36 pelajar Tadika bersama 19 kanak-kanak Taska Ligasi Cahayaku (TLC) pekan Ranau yang mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Tadika itu baru-baru ini.

“Saya suka menjadi guru macam ibu saya mendidik dan mengasuh anak-anak agar menjadi orang yang berguna boleh berkhidmat kepada kedua ibubapa pada masa akan datang”, jelas adik Anisah ketika ditemu-bual yang diiringi ayahnya Nazri Abdullah.

Majlis tersebut bertambah meriah dengan acara memotong kek Hari Raya dan jamuan makanan yang disediakan ibu bapa secara ‘Putluck’ termasuklah, kuih-muih, ayam goreng, ayam,
masak kicap, rendang, ketupat, nasi impit, mee goreng, soto dan buah-buahan.

Antara kanak-kanak Taska dan Tadika Chayaku Ligasy yang hadir pada majlis itu.

Guru Besar TCIC, Ustazah Asia Binti Mazinin ketika ditemui, merakam penghargaan dan terima kasih kepada para ibu bapa yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan majlis yang telah diadakan.

“Bagi pihak Tadika dan Taska ini, berterima kasih atas kerjsama dan kehadiran para ibubapa dan kerjasama bersepadu daripada semua tenaga pengajar menjayakan majlis ini”, tambahnya.
    
              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN