GIMIKā¦ Datuk Jonathan (Kiri) menyampaikan sumbangan berupa atap zink kepada Julian diperhatikan Datuk Yahya bersama para anggota Rela Ranau.
RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin menggesa para ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), supaya mengamalkan disiplin diri yang tinggi dan tidak melibatkan diri dengan kegiatan yang boleh menjejaskan imej baik pasukan Rela.
Beliau berkata, masyarakat amat menghormati dan menghargai peranan anggota Rela, justeru setiap anggota Rela perlu mempamerkan disiplin diri yang terbaik dimata masyarakat.
“Anggot Rela meskipun tidak memagang senjata, namun peranan mereka dalam menentukan keharmonian dan keamanan masyarakat adalah sama dengan fungsi pasukan keselamatan yang lain”,jelas Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan program Khidmat Bakti Rela daerah Ranau yakni membaik-pulih atap rumah kediaman milik seorang anggota Rela, Julian Bin Kihit di Kg.Namaus terletak 14 kilometer dari pekan Ranau pada Isnin.
Kos atap zink rumah kediaman Julian merupakan sumbangan Datuk Jonathan, manakala penyiapan pemasangan dikendalikan oleh lebih 40 anggota Rela Ranau menerusi program Khidmat Bakti Rela.
Jonathan memuji usaha pasukan Rela daerah Ranau, yang sentiasa bersatu bekerjasama dan prihatin dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan kepada mereka.
“Anggota Rela Ranau, bukan sahaja aktif melaksanakan tugasan semasa sesuatu majlis rasmi kerajaan, malah bertugas semasa Majlis Perkahwinan, menyertai gerakan mencari dan menyelamat individu yang hilang di kawasan hutan rimba serta terlibat dalam pencarian dan menyelamatan kes-kes orang yang hilang akibat banjir.
Menurutnya, tugas dan peranan Rela sama penting malah sebagai pelapis dengan pihak pasukan keselamatan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
“Mereka semua adalah amat penting sebagai penentu keharmonian, keselamatan serta keamanan rakyat”, tegas Datuk Jonathan sambil meluluskan sumbangan berjumlah RM10,000 (sepuluh ribu) kepada tabung kewangan Rela daerah Ranau.
Jonathan memaklumkan program Khidmat Bakti Rela untuk membaik pulih rumah kediaman penduduk yang akan dikenalpasti amat diperlukan.
Pihak Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau juga, akan turut membantu setekat yang termampu untuk menjayakan program khususnya membantu keluarga daif.
“Kita akan membantu penduduk yang dikenalpasti memerlukan termasuk para ahli Rela, kita akan hulurkan sumbangan jika berkeperluan mendesak”, tambah Jonathan.
Berucap sama ialah, Ketua Pengarah Rela Malaysia, Datuk Yahya Bin Sulaiman manakala hadir sama ialah, Timbalan Pengarah Rela Negeri Sabah, Mohd.Rosdin Bin Daming dan Pegawai Rela daerah (PRD) Ranau, Jueephine Binti Hiyah bersama.lebih 40 orang ahli dan Ketua-Ketua Platon Rela daerah Ranau yang menjayakan program ‘Khidmat Bakti Rela O1/2023, sementera hadir sama ialah, staf Pejabat Khidmat Rakyat P.179 Ranau.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā