22.9 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 20, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Alviana Linus Siap Sedia Bertanding PRN-17 Melalap Jika Diberi Peluang

Alviana

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH), Alviana Linus, yang juga Ketua Bahagian STARSABAH N.42 Melalap, menyatakan kesediaannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN-17) sekiranya diberikan peluang oleh parti dan rakyat di kawasan itu.

Menurut Alviana, STARSABAH sentiasa bersedia untuk membawa perubahan dan memperjuangkan suara rakyat, khususnya di kawasan Melalap. Beliau menegaskan bahawa sudah tiba masanya STARSABAH diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di DUN Melalap selepas Parti Bersatu Sabah (PBS) telah diberi peluang sebanyak dua kali dalam PRN yang lalu.

“Parti Bersatu Sabah telah diberi peluang dua kali berturut-turut untuk membawa suara rakyat Melalap, namun kali ini kami berharap STARSABAH dapat diberi kepercayaan untuk menunjukkan kemampuan kami. Kami yakin dengan dasar dan perjuangan parti yang lebih segar dan mendekati aspirasi rakyat,” kata Alviana ketika ditemui di satu program bersama komuniti di Dewan OKK Datuk Sanggau Melalap.

Beliau turut menekankan keperluan untuk pembangunan yang lebih inklusif dan mesra rakyat di Melalap, serta komitmen STARSABAH untuk memastikan isu-isu utama seperti infrastruktur, peluang pekerjaan, dan kebajikan rakyat diberikan perhatian yang serius.

“Melalap memerlukan wakil rakyat yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat, dan saya bersedia untuk menjadi suara tersebut jika diberikan mandat,” tambahnya.

Alviana turut menyeru agar rakyat Melalap memberikan peluang kepada Parti STARSABAH dalam PRN kali ini untuk membawa perubahan yang lebih bermakna kepada kawasan tersebut.

PRN Sabah dijangka akan menyaksikan pertandingan sengit antara parti-parti utama, dengan STARSTAR kini muncul sebagai antara parti yang semakin mendapat perhatian di kalangan rakyat negeri itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN